Tentang Aku

Note: Ini di-post oleh penulis pada 15.02.2009. Good day!

1. Aku bernama Kristina Binti Dafit. Ya, nama aku ada “binti” tapi aku bukan muslim. Aku chill. Lydia adalah nama penguatan aku atau dalam bahasa inggeris Confirmation Name. Bagi yang beragama katolik, mereka pasti faham apa yang cuba aku sampaikan.

2. Aku baru tahu bahawa aku tidur dalam posisi “freefaller”. Orang yang tidur dalam posisi ini dikatakan kreatif, “well-organized” dan banyak lagi. (aku dapat tahu mengenai fakta ini sewaktu rakan sekelas aku membentangkan tajuk “sleeping position and your personality”). Jadi, aku bangga la juga biarpun tidur bertiarap @ freefaller, aku orang kreatif..KOT..

3. Aku berasal dari Tawau, Sabah. Om bilang Tawawo!!

4. Aku ada papa yang kepalanya botak. Aku panggil dia “papa”, “botak”, “bos”, “beliau”, “kawang @ kawan”. Beliau seperti rakan baik aku. Aku memang manja dengan beliau.

5. Aku suka warna merah, hitam dan putih.

6. Aku pun suka fotografi macam cewek aku – Nady Nady.

7. Aku ada kawan baik berasal dari Kelantan. Namanya Shafeeqah Ahamad Fadzil. Dia pandai bertutur dengan loghat Kelantan. Aku tidak pandai. Dia tak ajar aku pun.

8. Dulu-dulu, aku suka bersukan. Aku bekas pelari pecut. Aku pernah menjadi olahragawati sewaktu di sekolah rendah. Aku juga suka bermain bola keranjang dan pernah terpilih untuk mewakili sekolah sebanyak 2 kali tapi aku menolak kedua-dua tawaran tersebut kerana si Om tidak benarkan aku menyertai begitu banyak acara sukan sebab risau akan menganggu konsentrasi aku terhadap pelajaran.

9. Aku pernah mendapat no. 2 di kelas sewaktu di tingkatan 3. Aku bijak rupanya. Masa tu, Hafiz Tang cakap “fuyooo..no.2 bayannnn..”. =)

10. Aku suka muzik. Agak-agaknya, muzik suka aku tak?? *Aku memang peminat band Coldplay..It’s Viva la Vida larrr..*

11. Aku pernah kerja sebagai kerani di satu kedai jual tong gas. Pada suatu hari, pakcik yang jaga kedai di luar (jual tong gas) MC. Tiba-tiba, ada mamat satu ni datang nak beli tong gas. Badannya punya la besar tapi suruh aku yang kecik molek ni angkat tong gas tu. Dia cakap macam ini..

Mamat besar: Eh dik, ko angkatlah tong gas ni..

Aku cewek kecil molek: Huh? aku???

Mamat Besar: yalah! jadi mau sapa? mana aku larat angkat tong ni??

Aku cewek kecil molek: Jadi aku larat???? *sambil mem-point-kan ke diri aku yang bersaiz kecil ini*.

12. Aku sudah 5 tahun tidak menjejakkan kaki di Kota Kinabalu. Aku rindu ba KK!

13. Aku jumpa adik si Nady Nady semalam di Malam Citrabayu. Dia sangat tinggi. I mean sangat sangat tinggi.

14. Aku ada hp Sony Ericsson J100i. Aku rasa ini keluaran Sony ericsson yang paling “lau-ya” la. Tidak mengapa. Seperti kata Mama aku, “asalkan boleh ditalipon dengan meses..cukup la”.

15. Aku tidak suka mata pelajaran Fizik. Dunia aku tunggang terbalik tiap kali guru Fizik masuk ke dalam kelas. Aku dengan geng-geng aku memang ada rasa begitu.

16. Aku pernah kerja di Genting. Best la juga untuk kehidupan 2 bulan kerana Genting tak ada “life” sangat. Jadi, tinggal di sana lama-lama bosan. Bagi aku lah.

17. Aku alergi dengan detergen jadi aku cuci pakaian aku menggunakan mesin cuci. Aku bukan malas, cuma alergi. *adakalanya alergi can be a good thing for me.XD*

18. Aku ada kawan baik di Holland. Namanya Timothy Thien Hoang Phan. Aku panggil dia sexy sebab he is. Dia panggil aku hot stuff. well, i am. :p. Dia sentiasa busy. Aku rindukan dia.

19. Aku suka aksesori *betul ka ejaan aku. argh* tapi yang tidak keterlaluan. Aku suka yang simple, smart, anggun, dan unik.

20. Aku suka jenama Nike. Koleksi Nike setakat ini cuma lah topi NikeFIT aku yang berwarna putih. Kegemaran aku.

21. Aku kaki TV. Maksud aku, aku suka menonton TV atau wayang. Aku memang tidak akan berganjak jika sudah menonton TV.

22. Aku pernah pakai “contact-lens” tapi cuma 4 hari kerana mata aku asyik berair macam orang menangis bila memakainya. *feeqa mesti ketawakan aku bila datang kelas dengan mata bengkak.*

23. Aku suka menonton filem trilogi – Lord of the Ring.

24. Aku suka pantai. I mean I LIKE IT A LOT!.

25. Aku rasa cukup lah untuk kali ini. Aku penat lah. Aku kena sambung buat assignment tapi aku masih chill. OK. Aku Chow dulu.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s